Saturday, April 17, 2010

SEJAMBAK KATA,SEGUNUNG HARAPAN

Alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia Nya dapat kita menyempurnakan laman blog ini.Dengan ini bermakna telah berjaya membuktikan bahawa semangat, kesungguhan, iltizam dan dedikasi yang jitu dalam usaha pendokumentasian peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2009 & 2010.
Sekolah sebagai sebuah institusi keilmuan di peringkat asas, perlu menjadikan ilmu sebagai warisan budaya yang kukuh dan sentiasa maju ke hadapan untuk menyambut segata cabaran yang mendatang. Apatah lagi, era masa kini adalah era ICT. Teknologi maklumat memainkan peranan yang amat meluas dalam kehidupan manusia sejagat. Ilmu dalam konteks perkembangan dan kemajuan akan terpinggir jika budaya ICT yang dicanangkan oleh kerajaan tidak diambil berat oleh masyarakat umum khususnya masyarakat pendidik dan para pelajar. Seiring dengan dasar kerajaan yang mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa keilmuan dan sebagai satu cara untuk mempercepatkan penguasaan teknologi maklumat, haruslah disokong dan dinilai secara positif atas dasar keilmuan.

Dalam kesempatan ini,saya ingin mengucapkan tahniah & jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada gabungan & usahasama Unit ICT & Unit Data sekolah yang telah membina & membangunkan blog ini.
Akhir kalam,saya berharap agar penerbitan blog ini akan memberi satu impak kepada satu usaha yang murni dalam usaha menjadi wadah ilmu.

Salam hormat.

Ragbi vs team pelajar

Perlawanan ragbi menentang team sekolah diadakan pada 16 April 2010 di padang sekolah. Perlawanan bertujuan menguji pasukan sekolah yang akan bertanding dalam kejohanan Ragbi Piala Ketua Polis Perak pada 7-8 Mei 2010 di Ipoh, Perak. Turut serta ialah Cikgu Muslim, Cikgu Azahar, Cikgu Hanifah, Cikgu Alif, dan Cikgu Nizar.

Friday, April 16, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Ke-35



Lawatan Kerja PPDKS



Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kinta Selatan



 Keputusan SPM 2009



                                          
Bantuan kepada pelajar-pelajar Islam yang miskin. 

Saturday, April 10, 2010

Program Lawatan Kerja Rasmi PPD Kinta Selatan

Program Lawatan Kerja Rasmi PPD Kinta Selatan ke SMK Kampar telah berlangsung pada 08 April 2010 (Khamis) bermula jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang. Program lawatan rasmi ini akan dikunjungi olen Pegawai PPD Kinta Selatan iaitu Yang Berusaha Kapten Dr.Haji Ahmad Damanhuri b Ibrahim serta beberapa pegawai lain.

Antara tujuan lawatan rasmi ini ialah sebagai salah satu usaha untuk memotivasikan para pelajar agar meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum bagi tahun 2010 ini disamping memastikan jentera pengurusan & pentadbiran SMK Kampar sentiasa proaktif demi meningkatkan pencapaian semua bidang. Adalah diharapkan sesi lawatan ini akan memberi manfaat kepada sekalian warga guru dan pelajar.