Saturday, April 17, 2010

SEJAMBAK KATA,SEGUNUNG HARAPAN

Alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia Nya dapat kita menyempurnakan laman blog ini.Dengan ini bermakna telah berjaya membuktikan bahawa semangat, kesungguhan, iltizam dan dedikasi yang jitu dalam usaha pendokumentasian peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2009 & 2010.
Sekolah sebagai sebuah institusi keilmuan di peringkat asas, perlu menjadikan ilmu sebagai warisan budaya yang kukuh dan sentiasa maju ke hadapan untuk menyambut segata cabaran yang mendatang. Apatah lagi, era masa kini adalah era ICT. Teknologi maklumat memainkan peranan yang amat meluas dalam kehidupan manusia sejagat. Ilmu dalam konteks perkembangan dan kemajuan akan terpinggir jika budaya ICT yang dicanangkan oleh kerajaan tidak diambil berat oleh masyarakat umum khususnya masyarakat pendidik dan para pelajar. Seiring dengan dasar kerajaan yang mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa keilmuan dan sebagai satu cara untuk mempercepatkan penguasaan teknologi maklumat, haruslah disokong dan dinilai secara positif atas dasar keilmuan.

Dalam kesempatan ini,saya ingin mengucapkan tahniah & jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada gabungan & usahasama Unit ICT & Unit Data sekolah yang telah membina & membangunkan blog ini.
Akhir kalam,saya berharap agar penerbitan blog ini akan memberi satu impak kepada satu usaha yang murni dalam usaha menjadi wadah ilmu.

Salam hormat.

No comments:

Post a Comment